NAZMI BERHIJRAH KE PORTUGAL

gambar-nazmi-faiz-di-sc-beira-mar-portugal

Seperti kita semua sedia maklum, Nazmi Faiz Mansor, 17 tahun dari skuad Harimau Muda A kini sedang menjalani latihan di kelab bahagian satu Portugal, SC Beira Mar.
MOHD. Nazmi (kanan) mula menjalani latihan bersama kelab SC Beira Mar di Aveiro, semalam. AVEIRO - Pemain muda sensasi negara, Mohd. Nazmi Faiz Mansor mula menjalani latihan pertama bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar selama satu setengah jam, semalam.
Nazmi telah memberikan persembahan yang baik pada sesi latihan sulung dan berjaya membuatkan ramai pihak rasa kagum dengan keupayaan bola sepak yang dimilikinya walaupun berusia 17 tahun.
''Nazmi memberikan aksi sangat menyakinkan dan peluangnya cukup cerah untuk menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di bola sepak Eropah.
''Diharapkan rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan Nazmi pada sesi pemilihan bersama Beira Mar," kata Guimaraes.




Berikut: Video Latihan Nazmi




Test Comment

Previous Post Next Post