PENGASAS FACEBOOK BERKAHWIN

 Mark Zuckerberg dan pasangannya, Priscilla Chan. - AP
Mark Zuckerberg dan pasangannya, Priscilla Chan. - AP
Mark Zuckerberg pilih teman wanita ketika belajar di Harvard

SAN FRANCISCO: Selepas sembilan tahun bercinta, ketua pegawai eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya mengahwini teman wanitanya yang dikenali lebih sembilan tahun, Priscilla Chan, semalam.




Pengasas bersama laman web itu mengumumkan perkahwinan mereka melalui satu kemas kini status di rangkaian media sosial berkenaan.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di laman belakang rumah Zuckerberg di Palo Alto, California, dan dihadiri kurang daripada 100 tetamu yang awalnya menganggap dijemput bagi merayakan kejayaan Chan menamatkan pengajian di universiti.
Perkahwinan jutawan berusia 28 tahun itu berlangsung sehari selepas tawaran awam permulaan (IPO) Facebook di pasaran saham 
Nasdaq pada Jumaat.

Lebih 280,000 orang menyukai status Zuckerberg itu yang turut disertakan dengan sekeping gambar pasangan terbabit tersenyum mengenakan pakaian pengantin.
Dalam gambar itu, Zuckerberg mengenakan suit biru gelap serta bertali leher, manakala Chan, 27, mengenakan gaun putih tanpa lengan. 


Majlis perkahwinan itu berlangsung di laman belakang rumah Zuckerberg di Palo Alto, California, dan dihadiri kurang daripada 100 tetamu yang awalnya menganggap dijemput bagi merayakan kejayaan Chan menamatkan pengajian di universiti. 


Zuckerberg yang dinobatkan sebagai Personaliti 2010 oleh majalah Time memulakan Facebook di bilik asrama Universiti Harvard lapan tahun lalu sebelum beliau keluar dari Liga Ivy itu. 


Chan pula berkelulusan perubatan dari Universiti California, San Francisco. Pasangan terbabit bertemu ketika di Harvard.
Zuckerberg yang memiliki saham bernilai hampir AS$20 bilion (RM60 bilion) dan masih mengekalkan kawalan undian terhadap Facebook, menandakan saham syarikatnya di kampus Lembah Silikon pada Jumaat. 


IPO berkenaan, bagaimanapun, tidak seperti yang diharapkan syarikat rangkaian sosial itu selepas nilai sahamnya ditutup melebihi sedikit saja daripada harga tawaran iaitu AS$38 (RM114) sesaham selepas didagangkan dan hanya 25 peratus peningkatan dalam bilangan saham dijual. 


Lebih 576 juta saham bertukar tangan. – Reuters

Test Comment

Previous Post Next Post