Bola Rasmi Euro 2012 = Adidas Tango 12

Bola rasmi Euro 2012 ini sebenarnya sudah lama dirasmikan, tetapi penulis baru sahaja sempat untuk mengupdate tentang bola ini. Tango 12 merupakan bola rasmi bagi Euro 2012 di Poland dan Ukraine. Berdasarkan rekaan klasik Tango yang pernah digunakan ketika perlawanan FIFA World Cup dan Euro awal tahun 1980. Rekaan itu juga mendapat hasil moden dengan warna dua tuan rumah menghiasi garisan di bola tersebut.

 

Rekaan bola ini juga dikatakan mempunyai tiga kriteria penting bola sepak iaitu, perpaduan, persaingan dan kesungguhan.

Adidas Tango 12 merupakan bola sepak ke-11 digunakan untuk perlawanan EURO yang pertama kali dimainkan tahun 1963. Tiga rekaan Tango telah dihasilkan sepanjang itu; 1980 Tango River Plate, 1984 Tango Mundial dan 1988 Tango Europa.

Tango 12 akan digunakan rasmi di perlawanan pembukaan antara tuan rumah Poland di Stadium National Warsaw.

Test Comment

Previous Post Next Post