Kemuncak EURO 2012 semakin dirasakan apabila umum telah mengetahui empat pasukan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir.
Awal pagi esok kita akan menyaksikan perlawanan separuh akhir antara Portugal dan Sepanyol manakala pada lusa pula pertembungan antara Jerman dan Itali.
Keempat-empat negara yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir itu telah menunjukkan permainan yang mantap sekaligus setiap di antara pasukan itu mempunyai strategi masing-masing untuk merangkul trofi kejuaraan tahun ini.
Perlawanan separuh akhir antara Portugal dan Sepanyol akan menggariskan beberapa tunggak utama dari setiap pasukan.
Paulo Bento selaku jurulatih Portugal meletakkan Cristiano Ronaldo, Pepe dan Nani sebagai ‘ayam tambatan’ yang akan cuba menyekat pergerakan Iker Casillas, Sergio Ramos dan Xavi Hernandez yang dipertaruhkan oleh jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque dalam misi mereka ke peringkat akhir.
Manakala Joachim Low, jurulatih Jerman meletakkan harapan yang tinggi kepada Bastian Schweinsteiger, Phillipp Lahm dan Manuel Neuer untuk terus menjaringkan gol dan mengukuhkan tunggak pertahanan tanpa bersaing ke penentuan penalti.
Namun, Cesare Prandelli, jurulatih Itali sentiasa melihat pesaing mereka, Jerman, adalah pasukan yang berbahaya dan yakin untuk menggariskan Gianluigi Buffon, Andrea Pirlo dan Daniele De Rossi sebagai pemain utama pasukan Itali.
Selain itu, rata-rata beranggapan Jerman dan Sepanyol antara pasukan elit yang bakal mara ke peringkat akhir.
Pada masa yang sama, itu merupakan ramalan sahaja. Kemaraan serta kekuatan Portugal dan Itali jangan dipandang ringan apabila mereka berjaya menumpaskan lawan masing-masing hingga ke peringkat ini.
Walau apa pun ramalan yang diberikan, strategi serta kekuatan setiap pasukan pada perlawanan separuh akhir ini akan menentukan kumpulan yang bakal ke peringkat akhir sekaligus memulihkan kemarau trofi EURO 2012.
sumber_mynewshub.my