Mungkin ramai tahu kebiasaannya doktor selalu pakai baju berwana putih bukan? Tapi bila seseorang doktor itu ingin melakukan pembedahan kepada pesakit, doktor itu akan menukar baju berwarna hijau! tahu tak kenapa?
Sebenarnya baju hijau ni telah diperkenalkan oleh seorang doktor yang amat berpengaruh suatu masa dahulu kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Selain itu, warna hijau juga dapat membuat penglihatan mata doktor bedah lebih baik di ruang pembedahan semasa melakukan pembedahan kerana warna hijau dikatakan berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan dan menyihatkan mata doktor bedah semasa proses pembedahan kerana terlalu lama melihat warna – warna merah darah, organ dalaman tubuh pesakit semasa proses pembedahan. Dikatakan akibat terlalu lama melihat warna merah (proses pembedahan) akan menjejaskan tumpuan dan menganggu penglihatan para doktor bedah.
Jadi, baju hijau ini dikatakan penting untuk memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang tempoh pembedahan..
p/s : patutla selama ni doktor bedah banyak pakai baju warna hijau…Rupanya ada Udang Di Sebalik Mee.
sumber_nizarazu.com