Mesti ramai yang pernah menjejakkan kaki di Genting Highland ni, memang sebuah tempat bercuti yang menarik, pelbagai aktivi dan permainan indoor dan outdoor ada di sini, tapi di sebalik kemeriahan ini ramai yang tidak mengetahui kisah seram yang pernah terjadi di Genting Highlands.
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting Highlands ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting Highlandsuntuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.
Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.
1. Amber Court
Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
2. Apartment Ria
Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel
Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock
Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2……………..ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.
P/s: Walaupun kisah ini dah lama, tapi mungkin masih diingati oleh mereka yang pernah mengalaminya, kalau korang ada pengalaman menyeramkan di Genting Highland ni, bolehlah kongsikan bersama kami..