Kucing Terbesar Di Dunia

Sebelum ni kita asyik tengok kucing-kucing  yang kecil saja. Sekarang ni admin nak tunjuk pula seekor kucing gergasi or paling besar dalam dunia.

Kucing Paling Besar Di Dunia

Kucing Paling Besar Di Dunia

Lihat gambar di atas, dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini.

Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk.

Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.

Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang tiga kali menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat.

Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: “Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya.

Test Comment

Previous Post Next Post