Tips Untuk Buat Blog Load Lebih Cepat

Mempunyai blog yang dapat dibuka dengan pantas merupakan antara perkara yang dikehendaki oleh pemilik blog dan juga semestinya kepada pengunjung blog tersebut. Masa untuk load sesebuah blog juga dapat membawa petanda pertama kepada pandangan pengunjung kepada sesebuah blog.
Pengunjung akan berasa 'puas hati' apabila sesebuah blog dapat dibuka dengan cepat berbanding dengan blog yang memakan masa yang terlalu lama untuk dibuka. Dan tidak hairan jika ada pengunjung yang meninggalkan sesebuah blog disebabkan blog tersebut lambat load entri yang ada.

Oleh itu, pemilik blog seharusnya tahu apakah perkara-perkara yang memungkinkan untuk blog miliknya lambat dibuka. Dan disini dinyatakan beberapa pandangan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu bagi sesebuah blog untuk memastikan masa untuk load sesebuah blog dapat dipercepatkan.

1. Jangan letak terlalu banyak gadget.
Jika mempunyai terlalu banyak gadget akan memakan masa untuk loading sesebuah blog. Pastikan hanya gadget yang perlu dan berkepentingan sahaja diletakkan.

2. Header pastikan sesuai ( Saiz atau dimensi )
Header memainkan watak penting dalam sesebuah blog. Boleh dikatakan header merupakan pengenalan pertama kepada sesebuah blog. Walaupun begitu, penting untuk pastikan header yang digunakan dapat load dengan cepat, kebiasaannya bergantung kepada saiz gambar dan juga pixel header tersebut.Saiz header hendaklah pastikan sesuai dengan saiz blog anda.

3. Jangan terlalu banyak gambar pada side bar.
Terlalu banyak gambar pada sidebar juga menggangu masa untuk loading sesebuah blog. Biasanya untuk mempunyai 1-5 gambar pada sidebar boleh lagi dianggap normal. Tetapi jika lebih dari itu dibimbangi akan mengambil masa yang lama. Jika gambar yang diletakkan pada sidebar mempunyai link kepada website lain, biasakan untuk membuat link perkataan berbanding gambar, kecuali gambar penting yang dapat menarik perhatian pengunjung.

4. Entri jangan terlalu banyak gambar.
Ini merupakan antara masalah utama kenapa sesebuah blog lambat loading.
Apabila sesebuah blog dibuka, keseluruhan blog akan sempurna dibuka apabila keseluruhan entri dapat dibuka sepenuhnya untuk bacaan pengunjung. Cuma bayangkan sebuah entri mempunyai 3 keping gambar berbanding entri yang mempunyai 20 keping gambar. Sudah tentu entri dengan gambar yang sedikit akan dibuka dengan lebih cepat.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah keadaan, bilangan gambar ini dikecualikan, terutamanya entri yang melibatkan pemahaman berkaitan gambar, senarai gambar (contoh top 20 amazing picture) dan jika web/blog tersebut memang berkaitan gambar seperti blog gosip artis.

5. Entri jangan mempunyai gambar yang terlalu besar (Size atau dimensi).
Ada sesetengah blogger yang menggunakan link dari gambar lain untuk dimasukkan ke dalam blognya. Pastikan gambar yang dimasukkan tersebut tidak bersaiz besar.
Contohnya anda mengambil link gambar dari blog lain yang bersaiz 1000x200 pixel, kemudian anda kecikkan menggunakan command width="300", ianya tetap akan mengambil masa yang lama untuk gambar tersebut berbanding anda menggunakan gambar dengan saiz asal 300px.

6. Utamakan gambar berformat jpeg/jpg berbanding format lain.
Jenis-jenis gambar yang biasa dilihat adalah jpeg/jpg, gif, png dan bmp. Untuk gambar biasa, biasakan untuk save hasil kerja dan upload ke blog dalam format jpeg/jpg.
Jika melibatkan animasi atau transparent, brulah guna format png/gif.
Ini kerana, format jpg/jpeg memberi saiz gambar yang lebih kecil berbanding format png/gif dan seterusnya dapat menjimatkan masa untuk loading gambar.

7. Jangan terlalu banyak post pada muka depan.
Apabila berada di muka depan, sesebuah blog akan load mengikut bilangan post yang ditetapkan oleh pemilik blog. Bilangan post pada muka depan yang sesuai adalah antara 2 hingga 6 entri. Tidak perlu untuk meletakkan sampai 30 entri. Semakin banyak entri pada muka depan, semakin lama msa untuk sesebuah blog dibuka sepenuhnya.
Salah satu cara yang paling sesuai untuk menunjukkan entri terbaru adalah dengan menggunakan gadget 'recent post'.
Itu merupakan antara beberapa cara yang perlu dilakukan untuk memastikan sesebuah blog dapat load dengan lebih cepat. Walaupun terdapat lagi beberapa perkara lain yang berkaitan, tips yang dinyatakan di atas bolehlah dikatakan sebagai ideal untuk diikuti.
Dan jika diperhatikan, separuh daripada point yang dinyatakan melibatkan penggunaan gambar dalam sesebuah blog. Oleh itu, penting untuk diambil berat perkara yang melibatkan gambar seperti saiz gambar, bilangan gambar dan format gambar.
Dengan mengaplikasi beberapa tips ini, kemungkinan jika tiada masalah yang berkaitan, sesebuah blog akan dapat load dengan lebih pantas berbanding biasa.

sumber_jeritanblog.com

Test Comment

Previous Post Next Post