Ariana , nama seorang gadis melayu yang tiba tiba dikenali dek kerana keterujaanya meluahkan perasaan tatkanal ditemuramah oleh Murai.com selepas beliau dipilih untuk naik ke pentas dan dipeluk oleh superstar terkenal Justi Bieber.
Arina Gadis Bertuah Dipeluk Justin Bieber
Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.
Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut. – murai.com-
Disebalik keterujaan beliau, kini namanya menjadi debat di laman sosial dan kutukan apabila Ariana nampak seolah bangga dipeluk oleh seorang lelaki. Ariana umpama seorang gadis yang "bertuah" tetapi di tempat yang "tidak bertuah" . Bukan bermaksud untuk menyokong Ariana, tapi rasanya semua blog dan individu yang mengutuk beliau rasanya tak ada hak berbuat demikian. Takkan lah semasa ditemuramah tersebut , beliau nak cakap " saya sedih kerana dipeluk oleh bukan muhrim" . Antara dosa dan tak dosa itu hak dia dengan Tuhan. Bukan hak kita untuk menghukum beliau. Mungkin itu kesilapannya. Bukan kesilapan Ariana dipilih untuk naik ke pentas tapi mungkin bermula dari awal apabila buat kesilapa dengan pergi ke konsert terbabit.
**Bukan bermaksud menyebelahi sesiapa , tapi jika kita asyik menyalahkan orang lain, sampai bila nak maju betul tak? hehe. sekadar pandangan sahaja. Mungkin benar kata sesetengah pihak "kalau bangga dapat keputusan exam A+ tak apa jugak" . Tapi apa nak buat , kalau orang lain di tempat Ariana sendiri mungkin mereka akan keluarkan kenyataan serupa. Seperti admin kata di awal tadi , Ariana umpama seorang gadis yang "bertuah" tetapi di tempat yang "tidak bertuah" . Bertuah dipeluk superstar, tetapi jadi kecaman selepas itu. Siapa salah???? Ariana ke Justin Bieber??
Sumber_hazrilhafiz.blogspot.com