Huawei, gergasi telekomunikasi China yang juga pengedar perkakasan infrastruktur telekomunikasi kedua terbesar dunia selepas Ericsson, menyertai persaingan dalam segmen telefon pintar Android dengan model baru yang berdaya saing.
Telefon pintar yang dinamakan Huawei Honor bukan saja menepati kualiti sebuah telefon pintar tetapi juga lebih baik berbanding telefon lain dalam kelasnya.
Huawei Honor menggunakan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich dan dipacu prosesor teras tunggal 1.4GHz dengan kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB.
Spesifikasi ini mungkin tidak meletakkan ia sebagai gajet mudah alih premium tetapi komponen utama yang digunakan adalah sama dengan beberapa produk telefon pintar jenama terkenal di pasaran ketika ini.
Kepa ntasa n nya mela ncarkan pelbagai tugasan atau aplikasi secara serentak adalah memuaskan bagi sebuah telefon pintar yang dipacu prosesor teras tunggal.
Huawei memberi penekanan kepada aspek paparan telefon pintar ini. Ia dilengkapi skrin sesentuh FWVGA empat incinya dengan aspek 16:9 berdefinisi tinggi (HD) yang mampu mempamerkan 16 juta juzuk warna sebenar.
Kualiti paparan seperti ini tidak jauh beza dengan paparan telefon pintar lain di pasaran.
Namun, kualitinya masih boleh ditingkat untuk membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya kepuasan tontonan.
Sesuai dengan kehendak pengguna yang sentiasa mahukan saat istimewa dirakam dan dimuat naik terus ke laman sosial, Huawei Honor dilengkapi dua kamera iaitu kamera HDR 8MP (mega piksel) di bahagian belakang yang turut disokong lampu flash LED dan kamera depan 0.3MP.
Mampu merakam imej secara dinamik walau dalam apa juga persekitaran termasuk ketika cahaya kurang dan merakam video definisi tinggi.
HUWEI HONOR
− Menggunakan sistem Android 4.0
− Dilengkapi dua kamera
− Berat 140 gram
− Nipis 10.9 milimeter