Naib juara Liga Perdana musim ini, Pahang meraih slot terakhir ke Liga Super musim depan selepas mengalahkan Kedah 3-2 menerusi sepakan penalti pada perlawanan kalah mati di Stadium Hang Jebat.
Tiga gol penalti skuad Tok Gajah disempurnakan Zaiza Zainal Abidin, Faizol Husin dan Jalaluddin Hassan manakala dua gol penalti skuad Kenari dihasilkan oleh Mohd Fauzi Nan dan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar.
Kedua-dua pasukan sebelum itu, terikat 2-2 pada 120 minit permainan termasuk 30 minit masa tambahan.
Dua gol skuad Tok Gajah dijaringkan Hafiz Kamal pada minit ketujuh dan sepakan penalti Boris Kochkin pada minit ke-42 manakala dua gol Kedah menerusi Khyril Muhymeen pada minit ke-49 dan Baddrol pada minit ke-67.
Pahang sebelum itu mengalahkan Sarawak 1-0 di stadium yang sama manakala Kedah menumpaskan Sabah dengan keputusan yang sama di Stadium Hang Tuah pada perlawanan pertama kalah mati dan kedua-dua perlawanan tersebut berlangsung pada Selasa lepas.
Bermula 2013 hingga 2016, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menggunakan format Liga Malaysia yang baharu dengan menyaksikan 12 pasukan akan beraksi dalam Liga Super dan 11 pasukan dalam Liga Perdana berbanding 14 dan 12 pasukan dalam liga masing-masing sebelum ini.
Lions XII dari Singapura yang muncul naib juara Liga Super bersama Harimau Muda B yang menduduki tangga kelapan Liga Perdana, akan kekal bersaing dalam liga masing-masing musim depan.
Penyertaan pasukan dari Singapura itu adalah menerusi kontrak perjanjian selama empat tahun yang ditandatangani antara FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) pada 12 Julai tahun lepas.
Berikut ialah senarai 12 pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super dan 11 pasukan dalam Liga Perdana musim 2013:
Liga Super:
-----------
Kelantan (Juara liga)    
Lions XII (Naib juara liga/pasukan jemputan)     
Selangor (Layak ke Piala AFC musim depan)     
Perak     
Terengganu     
Negeri Sembilan     
PKNS FC     
T-Team     
Johor FC     
Felda United  
ATM (Juara Liga Perdana)     
Pahang     
Liga Perdana:     
-------------     
Kedah     
Sime Darby     
Johor     
PDRM     
USM FC     
Pos Malaysia FC     
Harimau Muda B (pasukan jemputan)     
MP Muar     
Sabah     
Sarawak     
SPA FC
Ikuti ulasan lanjut perlawanan pada sedutan video youtube di bawah