#Suspek Serangan Kompleks JPM Putrajaya Disahkan Meninggal Dunia#
KUALA LUMPUR — Dua individu yang mengamuk di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya Isnin lepas, bertindak sendiri tanpa ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki terbabit Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bertindak secara berseorangan dan mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi.
“Siasatan setakat ini mendapati tidak ada penglibatan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat yang lain,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, susulan kes itu, polis menahan reman seorang lelaki berusia 39 tahun sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.— BERNAMA