Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka sebanyak 24 lebuhraya akan menawarkan diskaun dan rebat tol antara 10% dan 37.5% kepada pemilik kenderaan . Insentif atau diskaun tol ini akan bermula antara 15 dan 23 Ogos untuk Hari Raya dan pada 31 Ogos untuk Hari Merdeka.
Menurut Menteri Kerja Raya, insentif tol tahun ini adalah istimewa kerana Hari Raya disambut pada bulan kemerdekaan dan diskaun 37.5 peratus adalah yang tertinggi yang pernah ditawarkan setakat ini.
Pada 31 Ogos, semua pemilik kenderaan boleh menggunakan LDP dan Lebuhraya MEX secara percuma. Antara 24 Lebuhraya yang terlibat memberi diskaun tol ialah :
- Lebuh Raya Utara Selatan (Plus)
- Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite)
- Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
- Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua)
- Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
- Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
- Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint)
- Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
- Lebuh Raya Pantai Timur
- Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
- Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie)
- Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)
- Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)
- Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
- Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas)
- Lebuh Raya Shah Alam (Kesas)
- Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke)
- Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga)
- Lebuh Raya Smart
- Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
- Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)
- Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk)
- Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)