Angkasawan Neil Amstrong Meniggal Dunia

Neil Armstrong Meninggal Dunia

WASHINGTON - Neil Armstrong yang mencatatkan sejarah sebagai manusia pertama berjalan di bulan iaitu pada 1969 dilaporkan meninggal dunia semalam dalam usia mendiang 82 tahun.

Armstrong meninggal dunia susulan komplikasi dialaminya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini, kata keluarganya menerusi satu kenyataan.

article-0-14B122F4000005DC-21_634x589

 

Kenyataan itu tidak memberi butiran masa dan tempat mendiang meninggal dunia.

Pembedahan tersebut dijalankan dua hari selepas beliau menyambut ulang tahun hari jadinya pada 5 Ogos yang lalu.

Selaku komander misi Apollo 11, Armstrong muncul sebagai manusia pertama berjalan di bulan iaitu pada 20 Julai 1969. Ketika itu mendiang berusia 38 tahun, detik Armstrong mendarat di bulan telah ditonton oleh lebih 500 orang.

Sementara itu, pada November lalu beliau menerima Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat (AS), pingat tertinggi yang diberikan kepada orang awam di negaranya.

Armstrong dan rakannya, Edwin ‘Buzz’ menghabiskan masa kira-kira lebih kurang  tiga jam berjalan di bulan dengan mengumpulkan sampel, menjalankan ujian dan merakamkan foto. Seorang lagi angkasawan menyertai misi 1969 itu ialah Michael Collins.

Manakala Apollo 11 merupakan misi angkasa lepas terakhir bagi Armstrong.

Pada 1971, Armstrong yang lahir di Ohio pada 1930, meninggalkan agensi angkasa lepas AS, Nasa untuk mengajar kejuruteraan angkasa lepas.

Armstrong juga pernah mengendalikan jet pejuang ketika Perang Korea pada 1950-an dan kemudian menyertai program angkasa lepas AS pada 1962.

Neil Armstrong menyertai dua penerbangan ke angkasa lepas. Perjalanan pertama pada 1966, yang beliau bertindak sebagai komander misi Gemini 8 yang hampir-hampir berakhir dengan tragedi nahas. Namun beliau berjaya mengembalikan pesawat angkasa lepas dengan selamat walaupun komponen penolakan roket mengalami kerosakan ketika itu.

 

article-2193587-14B16C1F000005DC-318_634x549article-2193587-14B12791000005DC-36_634x513article-2193587-14B13105000005DC-877_634x419article-2193587-14B13109000005DC-653_634x524

Test Comment

Previous Post Next Post