Legenda bola sepak negara, Tan Sri Ghani Minhat meninggal dunia akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.34 pagi tadi. Allahyarham berusia 77 tahun dan meninggalkan balu, Puan Sri Tuan Aishah Tuan Ibrahim dan empat anak.
Pengurus Perhubungan Media Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Muhamad Aiman Aminul memberitahu Sinar Harian Online, jenazah akan dibawa ke kediamannya di 62A Pantai Indah 9/2 Putra Height dan dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 selepas solat Jumaat.
"Sebenarnya selepas menjalani pintasan jantung pada Ahad lepas, keadaan Allahyarham kritikal dan berada dalam keadaan koma.
"Pagi ini keadaan Allahyarham semakin tenat dan menurut laporan doktor, saluran jantung Allahyarham mengalami kerosakan dan mungkin kerana faktor usianya yang sudah lanjut, beliau tidak mampu bertahan,” katanya.
p/s: takziah diucapkan.
sinarharian