Celcom Menyediakan Peperiksaan Percubaan SPM Secara Online

celcom

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Berhad akan memperkenalkan peperiksaan percubaan pertama kali untuk pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi 'Educube', perkhidmatan pendidikan secara online. 

Dalam satu kenyataan, Celcom berkata ia akan memberi peluang kepada calon untuk menajam kemahiran mereka dalam empat subjek iaitu Matematik, Sains, English dan Bahasa Malaysia. 
Pelanggan boleh memilih sebarang masa dan tarikh antara 22 hingga 28 Okt untuk menduduki peperiksaan percubaan itu, yang hanya dibenarkan sekali sahaja.     

Keputusan keseluruhan di seluruh negara akan dikeluarkan  dalam tempoh 48 jam dari tarikh akhir tempoh peperiksaan iaitu pada 28 Okt. 
Pelajar boleh melihat keputusan mereka, jawapan yang salah dan menentukan keseluruhan ranking menerusi modul Kad Laporan Online Educube, kata kenyataan itu. 

Educube akan turut memberi dana berjumlah RM10,000 kepada tiga pelajar teratas sebagai insentif tambahan.    
Perkhidmatan pembelajaran online Educube boleh dilanggan pada kadar RM4.99 sebulan.  - Bernama

Test Comment

Previous Post Next Post