Terukir Di Bintang, Yuna Kuasai Pencalonan AIM19

Yuna

YUNA, penyanyi sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, yang tahun lalu melalui pengalaman pahit, menguasai pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik ke-19 apabila albumnya, Terukir di Bintang tercalon dalam lima kategori.

Kategori itu ialah Kulit Album Terbaik, Video Muzik Terbaik (Sparkle), Lagu Pop Terbaik (Terukir di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo of You) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir di Bintang).

AIM19 akan disampaikan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 17 November ini. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.
Antara artis yang turut tercalon ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nora, Shila Amzah, Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Hazama serta Noraniza Idris.

Menariknya, menerusi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik, pencalonan itu dikuasai sepenuhnya oleh Noraniza Idris menerusi lima lagunya, yang tercalon sebagai finalis untuk kategori itu.

Lagu-lagu menerusi album terbarunya itu ialah Endang Endong Cintaku Satu, Hari Demi Hari, Kuasa Cinta, Mahligai dan Menarik Hati.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM19, Rosmin Hashim, penganjuran anugerah ini seperti biasa akan memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada bakat-bakat yang berpangkalan di Malaysia serta membantu meransang kreativiti dan pembangunan dalam industri muzik tempatan.


“Pencalonan AIM tahun ini terbuka kepada lagu serta album dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang dikeluarkan di Malaysia bertarikh dari 1 Julai 2011 sehingga 30 Jun tahun ini.


“Sebanyak 465 pencalonan awal yang kami terima untuk semua 19 kategori yang dipertandingkan, dan yang paling banyak pencalonan diterima adalah melalui lagu pop terbaik iaitu sebanyak 76 pencalonan,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Sidang Media Pengumuman Senarai Pendek Calon AIM19 di sini, hari ini.


Sementara itu, proses pengundian pada peringkat awal pencalonan telah diketuai oleh Ketua Juri, Adnan Abu Hassan serta bersama-sama juri lain yang kesemuanya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang muzik dan penerbitan album.

“Hanya komposer profesional serta penggiat seni yang berpengalaman luas telah dipilih bersesuai dengan kemahiran masing-masing, contohnya seperti Datuk M. Nasir, Ajai, Acis, S. Amin Shahab, Helen Yap, Fauzi Marzuki dan Edrie Hashim.

“Kami menilai semua pencalonan yang telah diterima dan seterusnya menyenarai pendek ‘top 5’ bagi semua kategori yang dipertandingkan seperti yang diumumkan pada hari ini,” katanya.

Pengurusan dan pentadbiran proses penghakiman tahun ini akan dikendalikan oleh MACOMM Management Services iaitu firma yang telah dilantik untuk mengaudit segala undian juri terhadap semua kategori yang dipertandingkan.


November lalu, penganjuran AIM18 menimbulkan kontroversi apabila Yuna terpaksa memulangkan semula trofi anugerah Lagu Terbaik berjudul Penakut, yang dimenanginya kerana berlaku kesilapan pengiraan undi di mana ia sepatutnya dimenangi lagu Sedetik Lebih yang dipopularkan penyanyi Anuar Zain.


Berikut merupakan senarai finalis AIM19:


1. Artis Baru Terbaik:
Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
Salam Musik (Alamak feat Altimet)
Stephen Rahman Hughes (Bertemu di Syurga)
The Malayan (Aku Bukan Lagenda)

2.  Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki)
Azlan & The TypeWriter (Idola)
Faizal Tahir (Buta)
Hazama (Majnun)
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
Stephen Rahman Hughes (Bertemu di Syurga)

3. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita)
Jaclyn Victor (Counting Days)
Nora (Doa)
Shila Amzah (Patah Seribu)
Siti Nurhaliza (I Cry Out)
Jaclyn Victor ( Jagalah Diri)

4.  Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu
Firdaus (Saat Terindah)
Forteen (Seperti Dulu)
GX4 (Kerana Kasihmu)
Prince of Pop (Main Jauh-jauh)
Sleeq feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)

5. Kulit Album Terbaik
Filsuf/ Anuar Sujud (Muka Surat Satu)
Hujan/Sanjay (Sang Enemy)
Love Me Butch/Wing Meng (World Wide Transgression)
Mizz Nina/Even Odds Sdn Bhd (Take Over)
Yuna/Zul Amran Hilmi (Terukir di Bintang)

6.  Rakaman Album Terbaik
Hafiz Hamidun/ CL Toh (Zikir Terapi Diri)
Jamal Abdillah/Eddie Slam/ Greg Henderson/ Voodoo/Illegal (Raja Pop 2)
Kat Hassan/ Edrie Hashim/Manusia Putih/Cat Farish (Menggoda)
Nora/Rahmad Ayob (Hikmah)
Shanel/Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/ Arief Renald (Perjalanan)

7.  Video Muzik Terbaik
Firdaus/ Sahak (Keran-nya Aku Menolakmu)
Goldfish and Blink/Michael Weicker/Marcus Weicker (Bila Seharusnya featuring Noh Salleh)
Stacy/ Ghaz Abu Bakar (Pelangi Senja)
Suki Low/ Jeremy Zainal (Terlalu Mencintaimu)
Yuna/ Quek Shio Chuan (Sparkle)

8.  Lagu Pop Etnik Terbaik
Noraniza Idris/ Wan Mohammad Logan/ Ahmad Fedtri Yahya (Endang Endong Cintaku Satu)
Noraniza Idris/ Mohd Shahril/ Ahmad Fedtri Yahya (Hari Demi Hari)
Noraniza Idris/ Edrie Hashim/ Ahmad Fedtri Yahya (Kuasa Cinta)
Noraniza Idris/Helen Yap/ Ahmad Fedtri Yahya (Mahligai)
Noraniza Idris/ Asmin Mudin/ Ahmad Fedtri Yahya (Menarik Hati)

9.  Lagu Nasyid Terbaik
Mawi/ Hafiz Hamidun (Asmaulhusna)
Hafiz Hamidun (Allah)
Izzat Mahadi/ Hafiz Hamidun (Garisanmu)
Nora/ Gjie 6ixth Sense/ Lukhman S (Doa)
Voices of Umi/ Johan Nawawi (Erti Al Fatihah)

10.   Lagu Rock Terbaik
Azlan & The Typewriter/ Audi Mok/ Dark (Idola)
Faizal Tahir/ Audi Mok (Buta)
Hazama/ Audi Mok/ Omar K (Simetri)
Silent Death/ Stone/ Zizie Hashim (Mati Senyap)
The Azenders/ Sam (Bebas)

11.   Lagu Pop Terbaik
Jaclyn Victor/ Edry Abdul Halim (Sebelah Jiwaku)
Hyper Act/ Frozen (Harapan)
Shila Amzah (Patah Seribu)
Yuna (Terukir di Bintang)
Jaclyn Victor/ Edry Abdul Halim (Jagalah Diri)

12.  Lagu Hip Hop Terbaik
Black & Malique/ Malique (Teman Pengganti)
Filsuf/ Belle Fatah/ Bob Yusof ( Sendiri di Kuala Lumpur)
Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs (Aku Maafkan Kamu)
Mizz Nina/ Saph (Just You and Me)
SSK/ DJ Jocular/ Saph/ NBE (Tenang Sayang)

13.   Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Yuna (Memo)
Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito / Lin Li Zhen (Counting Days)
Siti Nurhaliza/ Bryan Bouro (Stand Up)
ZE!/ Sarah Zainal Abidin (Haircut)
Yuna (Photo of You)

14.   Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
Astrid (Tentang Rasa)
Nirwana Band (Sudah Cukup Sudah)
Rossa feat Taufik Batisah (Aku Bersahaja)
Rossa feat Ungu (Ku Pinang Kau Dengan Bismillah)
Sammy Simorangkir (Aku Kembali)

15.   Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu
Brenda & Budi/ Arman/ Alex/ Aye/ Rifai/ Andy (OST Gerimis Mengundang)
Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito (Counting Days)
Stacy/ Edry Abdul Halim ( Kasanova)
Stephen Rahman Hughes/ Azlan Abu Hassan ( Bertemu di Syurga)
Yuna/ AG Coco (Terukir di Bintang)

16.   Album Terbaik
Hujan/ Noh Salleh/ AG Coco (Sang Enemy)
Nora/ Johan Nawawi ( Hikmah)
Pesawat (Take Off)
Salam Musik/ Salam (Salam Musik)
Stacy/ Muhammad/ Kunci Demak (Stay-C)

Test Comment

Previous Post Next Post