Barack Obama, Netanyahu Bertelagah?

barack

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kelmarin menolak kritikan Presiden Amerika Syarikat (AS) terhadap dasar beliau terhadap Palestin.


Bantahan itu dibuat susulan daripada pendedahan kolumnis AS, Jeffrey Goldberg yang mendakwa Barack Obama telah memberi amaran kepada Israel untuk mengubah dasar mereka jika enggan hubungan kedua-dua negara itu terjejas.


Dalam ruangan tersebut, beliau turut mendakwa Obama menggelar Netanyahu sebagai pengecut kerana keengganan beliau untuk memberi konsesi kepada Palestin sehingga menyebabkan Israel terjerumus dalam konflik pengasingan diplomatik.


Selain itu, Goldberg juga mendakwa AS semakin bosan dengan tindakan provokasi Israel yang mahu meluaskan penempatan haram mereka di kawasan yang dituntut oleh Palestin untuk membentuk sebuah negara.
Sebelum ini, AS dan negara sekutu kuatnya dilihat turut berselisih faham berhubung isu nuklear Iran selepas Israel berkeras untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas negara tersebut tetapi ditolak bulat-bulat oleh Washington.


Sementara itu, Rumah Putih tidak menafikan sentimen berbaur politik oleh Goldberg itu yang dilihat mungkin akan mencetuskan sengketa antara kedua-dua pemimpin tersebut.


Ia dilihat mungkin akan mempengaruhi keputusan pilihan raya Israel yang berlangsung pada minggu depan. - AP

Test Comment

Previous Post Next Post