Pastinya ramai anak muda yang meminati Drama Juvana yang pernah ditayangkan di TV3 sebelum ini, drama tersebut dibintangi oleh Zahiril Adzim (DAIM), Johan As’ari (BOTAK).. Anda juga mungkin mengingati heroinnya yang pernah dikatakan menjadi “buah hati” BOTAK suatu ketika dulu, Izreen Azminda Aznam berlakon sebagai Cikgu Zakiah.
Kali ini Filem ‘Juvana’ kembali menemui anda di hujung tahun ini. Dengan aksi yang lebih hebat di mana semua pelakon-pelakonnya begitu berjaya menghayati watak hebat mereka.
Saksikan Trailer Filem ‘Juvana’ di bawah ini :-
Juvana : sebuah filem sekual dari pemenang drama bersiri juvana anugerah skrin 2011 yang mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana.
Terbitan : Filmscape Sdn Bhd
Arahan : Faisal Ishak
Lakon layar : Alfie Palermo
Lakonan : Zahiril Adzim, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramli, Shafie Naswip, Adam Shah, Idzham Ismail, Khairul Mohamed, Shera Aiyob, Megat Farzeril, Sara Ali
Sinopsis Filem ‘Juvana’ :-
Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana. Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya. Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan. Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan. Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan. Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar. Namun begitu, kita lihat Apek tidak banyak berubah dari seorang penjahat. Dia mula membuli ramai pelajar lain, terutamanya musuh-musuhnya yang terdahulu. Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu. Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam bab pelajaran. Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain. Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak. Mereka berjaya selamatkan kesemua pelawat itu akhirnya, namun Botak kembali untuk berdepan dengan Lan Todak. Dalam perbalahan yang berlaku, Daim hampir terkorban dan ini membuatkan Apek pula sedar akan kesalahannya selama ini. |
*Segala isi kandungan di dalam artikel ini adalah hak milik sepenuhnya dari Filmscape Sdn Bhd & Informasi Network, credit hendaklah diberikan jika anda mengambil apa – apa di dalam artikel ini.
sumber_www.hanya-yang-terbaik.com