Menurut pengurus zizan razak marina juki kehilangan komputer riba itu tidak lama selepas seorang dari kakitangan penerbangan itu telah membantu mereka untuk mencari komputer berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah, komputer itu sudah pun dijumpai. Nasib baik kami menerima bantuan ikhlas dari kakitangan yang jujur itu.
“Sebenarnya, komputer itu bukanlah milik peribadi Zizan tetapi ia adalah milik saya.
“Komputer berkenaan digunakan untuk urusan kerjaya Zizan. Apa sekalipun, saya mahu berterima kasih kepada kakitangan tersebut kerana sudi membantu untuk mencarinya.
“Terima kasih juga kepada Zizan kerana dia sanggup berlari semula ke dalam kapal terbang untuk mencari,” katanya.
Menurut beliau, pada awalnya mereka tidak sedar bahawa komputer berkenaan telah tertinggal dalam kapal terbang berkenaan.
“Selepas menyedari komputer itu tidak berada di tangan saya, Zizan terus berlari masuk semula ke dalam pesawat itu untuk mencarinya.
“Pada mulanya Zizan tidak menemuinya, namun selepas diperhatikan kakitangan penerbangan, barulah salah seorang daripada mereka bertanyakan adakah dia sedang mencari sesuatu.
“Nasib baiklah Zizan segera masuk ke dalam dan mencarinya. Jika lambat, mungkin kami tidak lagi dapat menjumpai komputer itu. Saya rasa lega kerana terlalu banyak urusan kerja ada di dalamnya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Marina turut memberitahu bahawa mereka baru saja pulang dari Singapura untuk sebuah persembahan makan malam di Singapura.