1. Wang dari batu (Pulau Yap, Kep. Solomon)
Di pulau Yap, sebuah pulau di Kepulauan Solomon, anda akan menemui “wang” terbesar dan teraneh di dunia : batu rai (semacam batu kapur). Wang ini berbentuk lingkaran dengan diameter 12 kaki dan berat 8 ton.
Mungkin sejarah atau kepercayaan yang menyebabkan masyarakat di Pulau Yap ini sangat meraikan batu ini, mungkin sama seperti masyarakan moden sangat mengagungkan batu emas.
Memandang jenis batu ini tidak boleh ditemui di Pulau Yap, masyarakat Pulau Yap rela mengorbankan nyawa mereka untuk mengembara mencari batu ini.
Nilai nominal dari batu ini dinilai bukan hanya berdasarkan ukuran, tapi juga dinilai berdasarkan pengorbanan mendapatkannya ke Pulau Yap, termasuk jumlah nyawa yang melayang kerana pengorbanan tersebut.
Oleh kerana bentuknya besar, wang ini dibiarkan tergolek di luar rumah pemiliknya, malah kadang-kadang di hutan. Walaupun tergolek di mana-mana, penduduk pasti mengetahui siapa pemiliknya pada masa ini. Apabila terjadi mahu ditukar milik, akan dilakukan dalam upacara tertentu.
Pemerintah tempatan telah melarang batu-batu wang ini keluar dari Pulau Yap. Namun, batu ini boleh ditemui terdapat di lobi Bank of Canada di Ottawa.
2. Wang syiling perak ditambah bonus air suci (Kep. Palau)
ika wang kertas USD ada “In God We Trust”, negara kepulauan Palau setapak lebih maju. Negara ini pada tahun 2007 mencetak syiling perak dengan gambar gadis suci dan memasukkan bonus botol kecil berisi beberapa tetes air suci dari sebuah mata air suci di Lourdes Perancis. Negara ini pernah juga memasukkan mutiara, malah batu meteor pada wang syilingnya.
3. Wang kulit tupai (Rusia)
Di beberapa abad silam, kulit tupai merupakan wang yang sah digunakan di Rusia.Malah, beberapa bahagian dari tupai mati seperti kuping, hidung, dan kuku-kukunya berfungsi sebagai “receh”. Kemungkinan Rusia pada masa itu boleh terbebas dari penyakit-penyakit yang disebabkan satwa tikus.
4. Modifikasi wang kerana rampasan kuasa (Zaire)
Semasa regim Joseph Mobutu digulingkan pada tahun 1997 di Zaire (yang sekarang bernamaThe Democratic Republic of the Congo) Pemerintah yang baru pada masa itu terlalu sibuk untuk mereka bentuk dan mencetak wang baru sedangkan jumlah wang pada masa itu terbatas.
5. Wang pecahan terbesar (Hungari)
Inilah pecahan mata wang yang memegang rekod dunia sehingga kini. Dicetak oleh Hungari pada tahun 1946 dengan nominal 100,000,000,000,000,000,000 Pengo. Seratus juta triliun Pengo dengan kos pada masa itu hanya sekitar 20 US sen.
6. Mata wang berbentuk bahan komoditi
Garam adalah salah satu barang tertua yang digunakan sebagai pembayaran. Sebenarnya, kata “salary” (gaji) berasal dari bahasa Latin “salarium” iaitu wang yang telah dibayarkan kepada parajurit Rom untuk membeli garam.
Garam juga juga digunakan sebagai alat tukaran (mata wang) utama di gurun Sahara selama berabad-abad, dan digunakan secara meluas di seluruh Afrika Timur.
Biasanya, seseorang pada masa itu akan membentuk garam menjadi satu blok untuk memastikan garam tersebut asli dan membuat pecahan dari blok itu sebagai pecahan wang kecil.
Blok garam pada gambar berusia 1500 tahun.
Mata wang unik lainnya adalah :
* “RENG”, wang berbentuk bola benang yang dibungkus dalam sabut kelapa. Digunakan zaman duhulu di Kepuluan Solomon.
* Kakao digunakan di seluruh Mexico dan Amerika Tengah
* Keju Parmigiano Reggiano ,malah boleh digunakan sebagai jaminan pinjaman di Itali.
7. Wang kumpulan voucher (Vietnam)
Jika kita pernah berfikir bahawa wang boleh membeli segalanya, ternyata tidak. Wang Vietnam di tahun 70an ini berlaku sebagai kumpulan potongan voucher yang hanya boleh digunakan untuk membeli pakaian dan kelengkapannya.
Mungkin jika kita harus memotong salah satu bahagian untuk membayar baju, sebahagian lagi untuk membayar seluar, dan sebahagian lagi untuk tali pinggang.
8. Wang dengan ancaman hukuman mati (Amerika, semasa masih dijajah Inggeris)
US Dollar memang telah menjadi mata wang yang paling stabil dan dianggap sebagai safe heaven currency. Jika dilihat dari sejarahnya, mata wang ini telah banyak pengalaman dalam memerangi para pembuat wang palsu.
Pada masa-masa awal penjajahan Inggeris, sangatlah mudah untuk mencetak wang kerana banyak alat cetak beredar dan reka bentuk cetakan wang tidaklah terlalu rumit seperti sekarang.
Oleh kerana mudahnya, pembuat wang palsu boleh mencetak sendiri. Bagaimana cara pemerintah semasa itu untuk memberikan ancaman keras kepada pembuat wang palsu?
Dengan mencetak “To Counterfeit is Death” atau hukuman mati untuk pemalsuan. Sepertinya daripada “In God We Trust” lebih sesuai “In The Death Penalty We Trust”.
9. Wang dari lembaran kayu (Jerman)
Pernah digunakan sebagai wang darurat di Jerman semasa pemulihan pasca Perang Dunia I. Semasa darurat, wang dicetak dari alumunium foil, kain sutera, malah sisa-sisa playing card semasa perang.
Seorang pengumpul wang lama pasti berani membayar mahal untuk wang-wang aneh ini, yang paling mahal adalah batu yang dicetak menjadi wang syiling pada masa tersebut.