Ariel Peterpan Dibebaskan Dari Penjara

image

JAKARTA, 23 JULAI 2012: Peminat kumpulan Peterpan hari ini boleh tersenyum keriangan apabila vokalis band tersebut Ariel, dibebaskan hari ini. Ariel yang telah menjalani hukuman penjara selama 2 tahun akibat didapati bersalah terbabit dengan pengedaran video lucah telah dibebaskan dengan syarat.

Pembebasan vokalis tersebut disambut dengan gembira oleh ratusan peminatnya berserta media tempatan dan asing di hadapan penjara.

Terdahulu, Ariel atau nama sebenarnya, Nazriel Irham dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun setengah oleh Mahkamah Negeri Bandùng selepas didapati bersalah kerana terbabit dalam pengedaran video porno.

Insiden pengedaran video lucah itu telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di negara itu.

 

Test Comment

Previous Post Next Post