Keputusan Rasmi Malaysia Vs Arsenal

 

Baru sekejap tadi perlawanan sudah tamat. Nampaknya Malaysia menunjukkan corak permainan yang cantik dan teratur  walaupun tewas kepada Arsenal 2-1.

Masa pertama Malaysia menunjukkan skill permainan yang lebih baik berbanding separuh masa kedua. Jaringan pertama dihasilkan oleh pemain Malaysia, Azmi Muslim,46' bermain di bahagian bek. Sepakan luar kotak penalti telah menewaskan  penjaga gol Arsenal .

Namun begitu, pada masa kedua, kedua-dua pasukan kembali berasak-asak untuk mencari gol. K. Rajagobal telah menukarkan pemain Malaysia agak banyak pada masa kedua bagi memberi peluang pada pemain simpanan. Oleh itu, corak permainan Malaysia kurang menonjol sedikit pada masa kedua.

Pada minit 87’ Thomas Elfeld menyamakan kedudukan untuk kembali mengikat kedudukan. Selang 3 minit iaitu minit 89’ Chucks Anuke , menjaringkan gol kedua untuk Arsenal.

Walaubagaimanapun, Malaysia telah menunjukkan pemainan yang hebat sebentar tadi. Apa-apa pun Tahniah pasukan Malaysia.

“Majulah Sukan untuk Negara”

Test Comment

Previous Post Next Post