Remaja Tak Puasa Cuba Tikam Ibu

clip_image001

NURFARIDAH Abdul Aziz melakonkan semula cara dia dicekik oleh anak sulung di rumahnya di Kampung Ladang Pagor, Chenderong Balai, Teluk Intan, semalam.

 

TELUK INTAN 24 Julai - Hanya kerana marah ditegur oleh ibunya disebabkan tidak berpuasa, seorang remaja berusia 19 tahun tergamak mencekik, membelasah dan cuba menikam ibunya menggunakan pisau pemotong buah kelapa sawit di Kampung Ladang Pagor, Chenderong Balai di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari apabila mangsa, Nurfaridah Abdul Aziz, 42, menegur anak lelakinya itu kerana makan di hadapan seorang lagi anaknya berusia 11 tahun yang berpuasa.

Berang dengan teguran itu, suspek yang juga anak sulung mangsa bergegas ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong kelapa sawit lalu menikam Nurfaridah tetapi wanita itu berjaya mengelak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika mengesahkan kejadian itu memberitahu, suspek bertindak agresif selepas ibunya berkali-kali memintanya tidak makan di hadapan adik suspek yang berpuasa.

"Suspek mulanya mencekik dan menumbuk mangsa di muka dan rusuk kiri sebelum bertindak lebih agresif dengan cuba menikam mangsa dengan pisau tetapi berjaya dielak dan hanya cedera ringan terkena torehan sedikit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa kemudian melarikan diri ke rumah jiran sebelum dibawa menerima rawatan di hospital akibat cedera terkena torehan hujung pisau selain lebam di rusuk kiri.

Kok Liang berkata, suspek kemudian melarikan diri dan tidak pulang pada hari kejadian.

Bagaimanapun, katanya, hasil maklumat orang ramai, polis menahan suspek ketika perjalanan pulang ke rumahnya semalam dan kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

"Kes di siasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya lagi.

p/s: Jelaslah menunjukkan anak-anak sekarang kurang hormati ibu-bapa.[Tanda-tanda kiamat]

sumber_utusan

Test Comment

Previous Post Next Post