“Penemuan ‘dunia tirta’ baru (planet yang menyerupai Bumi-persekitarannya dipenuhi oleh air) yang mengorbit salah satu bintang dalam jarak 40 tahun cahaya dari bumi menjadi planet pertama yang diketahui mirip dengan Bumi dan menjadikan beberapa saintis berfikir bahawa manusia mungkin mampu menghirup udara atmosferanya” kata para ahli astronomi seperti yang dicatatkan dalam Jurnal Nature.
Planet itu telah dinamakan sebagai GJ 1214b. Saiz planet ini hanya sekitar 2.7 kali saiz Planet Bumi dengan massa kira-kira 6.5 kali ganda lebih berat dari Bumi. Berdasarkan berat jenisnya, para saintis mengira bahawa GJ 1214b mengandungi 3/4 air yang berupa cecair dengan inti padat daripada besi dan nikel serta atmosfera hidrogen dan helium yang merupakan mirip dengan keadaan di Bumi.
“Namun daripada sudut pandangan yang lain, planet ini adalah seperti ‘binatang kejam yang sangat berbeza’ dari Bumi yang kita diami ini”, kata para saintis.
“Pada dasarnya planet ini adalah sebuah lautan sangat luas,” kata ketua pengkaji, David Charbonneau dari Pusat Astrofizik Smithsonian, Universiti Harvard, Cambridge, Massachusetts.
“(Di planet ini) tidak ada satu pun benua atau daratan pun yang terlihat, keseluruhan planet ini diliputi oleh air tanpa daratan.”
Lebih daripada itu, daripada sudut suhu cuacanya pula, GJ 1214b adalah lebih panas berbanding Bumi dan atmosferanya sepuluh kali lebih tebal berbanding planet kita, kata para penyelidik. Hal ini mungkin sahaja telah menyukarkan untuk munculnya satu kehidupan melalui air daripada terus membiak. Pada asasnya, tekanan atmosfera planet itu sangatlah besar dan cahaya dari ‘mataharinya’ pula adalah sangat rendah dan sukar untuk menembusi ‘awan’nya untuk sampai ke permukaan air lautan planet tersebut. Planet itu sudah hampir pasti menyerupai Bumi tetapi ia juga adalah sebuah planet sangat asing untuk didiami makhluk bernyawa apatah lagi manusia kerana keadaan ekosistemnya yang tidak sesuai untuk kehidupan.
Planet Super-Earth baru itu ditemui dengan menggunakan alat Projek MEarth iaitu satu unit peranti teleskop kecil yang berpusat di Bumi yang digunakan untuk mengesan perubahan dari minit ke minit daripada kekuatan cahaya bintang-bintang merah yang redup yang disebut dengan istilah M dwarfs (bintang cebol). Kerlipan berkala cahaya bintang boleh terjadi disebabkan oleh planet-planet yang secara berasingan sedang mengorbit atau mengitari bintang-bintangnya. Disebabkan kerana bintang cebol M dwarfs lebih kabur berbanding bintang-bintang lain seperti Matahari, maka menjadi lebih mudah menjejaki pengurangan kekuatan cahaya yang disebabkan oleh lintasan planet-planet seukuran Bumi yang lebih kecil massanya.
Walaupun Planet GJ 1214b tidak langsung terlihat oleh mata kasar, namun dengan penggunaan teknologi dan formula baru terhadap sebarang perubahan cahaya bintang maka ia telahpun membolehkan para ahli astronomi berkemampuan untuk mengukur saiz dan jisim planet tersebut yang kemudiannya menawarkan petunjuk-petunjuk lain terhadap komposisi planet itu. Dan kerana dunia tirta begitu dekat dengan Bumi, maka sebuah teleskop optik yang berpusat di antariksa seperti Hubble atau Kepler mampu seharian digunakan untuk menguraikan kandungan kimia dari atmosfera planet² lain yang hampir menyerupai Bumi.
“Sejumlah cahaya dari bintang cebol itu menembusi atmosfera planet yang menyerupai Bumi tersebut (seperti cahaya Matahari menembusi Bumi), dan menempel pada semua ciri-ciri atom dan molekul yang ada di planet berkenaan,” kata Charbonneau, salah seorang pakar astronami.
“Secara keseluruhan, penemuan ini adalah “pencapaian yang menjadi tonggak” yang boleh menutup jurang ilmiah dalam bidang ilmu planetologi”, kata Greg laughin, seorang saintis astrofizik di Universiti California, Santa Cruz, yang tidak terlibat dalam kajian planet itu tetapi melontarkan pandangan ilmiahnya terhadap penemuan tersebut.
“Saya selalu membayangkan seperti apakah bentuk planet bermassa enam kali ganda dari Bumi itu. Kini kita mengetahuinya. Planet itu benar-benar berbeza dari Bumi kita, “kata Laughlin. (*)