Assalamualaikum.
Jom tengok Jambatan yang paling menakutkan dalam dunia ni.Bukan takut hantu tapi rupa bentuk jambatan tu.
10. Ghasa, Nepal
Jambatan ini dibina untuk mengurangkan trafik haiwan melalui bandar yang berdekatan Ghasa. Beratus-ratus haiwan bergerak merentasi jambatan ini setiap hari.
9. Living Root Bridge, India
Percaya atau tidak, jambatan ini sudah berusia 100 tahun . Mempunyai ketinggian 53 kaki dan diperbuat daripada akar pokok hidup. Pembinaan jambatan ini mengambil masa selama 20 tahun .
8. Rope Bridge, Peru
Jambatan ini telah dibina mengikut kaedah yang telah digunakan sejak zaman Inca (Keshwa Chaca). Setiap tahun helaian jerami tersebut di ganti untuk memastikan ia selamat di gunakan.
7. Capilano Suspension Bridge, Canada
Jambatan Capilano pada asalnya dibina pada tahun 1889. Ia terletak 230 kaki di atas sungai Capilano dan menjalar sepanjang 450 kaki merentasi. Jambatan di dalam taman seluas 27 ekar ini di gunakan oleh ramai pengunjung setiap hari.
6. Kotmale Oya, Sri Lanka
Dengan keadaan papan yang longgar serta agak reput, pastinya sesiapa yang melalui jambatan ini tidak akan selesa. Tambahan pula di bawahnya mengalir Sungai Kotmale Oya. Sungguh menggerunkan
5. Trift Lake, Switzerland
Jambatan hebat ini mempunyai kira-kira 550 kaki panjang dan terletak 300 kaki di atas Trift Tasik, di tengah-tengah Switzerland. Ia adalah jambatan gangtung pejalan kaki terpanjang di Alps.
4. Sarawak, Borneo
Jambatan ini hanya cukup kuat untuk menanggung dua orang pada satu-satu masa, Ianya dibuat dari batang buluh yang diikat bersama dengan tali dan wayar.
3. Lantang Valley, Nepal
Terletak di pergunungan Himalaya. Jambatan ini mungkin kelihatan selamat, berbanding yang lain. Tetapi tak boleh bayangkan kalau kita melintasi jambatan ini semasa tiupan angin yang kuat...
2. Braldu River Crossing, Pakistan
Ditemui di utara Pakistan, jambatan ini dibuat dari "interwoven vines".
1. Hunza River, Pakistan
Jambatan yang menyeberangi sungai Hunza di Pakistan ini, mungkin salah satu yang paling menakutkan di seluruh dunia. Tak boleh di bayangkan sekiranya penyeberang jambatan ini tergelincir antara papan jarang..ngeri