Keputusan Penuh Piala Malaysia [2012] 28/8/2012

Keputusan-Undian-Piala-Malaysia-2012

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berikut adalah keputusan penuh semua perlwanan yang berlangsung pada 28/8/2012.

Pahang menumpaskan Sarawak dengan kemenangan yang besar iaitu 6-0 di halaman sendiri.

Manakala, pertemuan di antara Kelantan dan ATM yang baru sebentar tadi tamat perlawanan.ATM mengikat juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan 1-1.

Marlon Alex James meletakkan ATM 1-0 pada separuh masa pertama dan telah menyebabkan penyokong Kelantan mula membaling objek ke dalam padang.

Kelantan menjaringkan gol penyamaan pada separuh kedua sumbangan Obinna Nwaneri.

Bagi pasukan Kedah pula kemenangan ke atas Terengganu merupakan kemenangan yang terpenting bagi mencerahkan peluang ke suku akhir.

Khyrill Muymeen menjadi wira Hijau Kuning apabila menjaringkan dua gol untuk Kedah dalam kemenangan 2-1 ke atas Terengganu.

Keputusan Johor FA dan LIONSXII adalah seri.

PKNS dan Johor FC juga seri dan berkongsi satu mata dengan keputusan 1-1

Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan yang menang 4-0 ke atas Felda United Sabtu lepas telah seri 0-0 dengan Perak.

Sime Darby juga turut menang apabila menumpaskan Felda United malam ini iatu 3-2.

Keputusan Penuh Semua Perlawanan 28/8/12

Capture

Test Comment

Previous Post Next Post