Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
PEMAIN nombor dua dunia Datuk Lee Chong Wei layak ke separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2012 selepas mengalahkan pemain India Kashyap Parupali dalam saingan suku akhir di Arena Wembley di sini, lewat malam tadi
Hanya 44 mnit sahaja masa yang diambil oleh Chong Wei untuk melakarkan kemenangan 21-19, 21-11 ke atas lawannya.Perlawanan seterusnya Chong Wei akan bertemu pemain nombor tiga dunia Chen Long dari China pada perlawanan separuh akhir.
Padda set pertama Chong Wei, mula melakukan gerakan perlahan untuk mencari rentak selepas tidak beraksi secara kompetitif akibat kecederaan buku lali sejak Mei lalu, dan terpaksa ketinggalan 3-6, 5-9, 6-10, 10-14.
Walaubagaimanapun,Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan 15-15 sebelum mengutip set pertama 21-19 dalam masa 27 minit.
Pada set kedua, Chong Wei mula menunjukkan taring yang sebenar iaitu melakukan pukulan set-piece dan Kashyap tidak dapat menandingi ketangkasan pemain pilihan utama itu sebelum akur dengan keputusan 21-11 dalam masa 17 minit.
Dalam pada itu, dalam satu lagi pertemuan suku akhir, Chen Long tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain berpengalaman dari Denmark, Peter Gade dengan keputusan 21-16, 21-13.
Jadual pertemuan Lee Chong Wei dan chen Long dijadualkan esok jam 9.30 malam waktu Malaysia. Ayuh mari kita saksikan perlawanan itu semoga Lee Chong Wei akan menang.