Keputusan Separuh Akhir Badminton Olimpik 2012 Lee Chong Wei Vs Chen Long

pix_middle

 

LEE Chong Wei yang turun dengan tekad tidak mahu tewas, menampilkan riak wajah lega apabila memastikan final kedua berturut-turutnya selepas menundukkan pencabarnya dari China, Chen Long, semalam.

Kemenangan 21-13, 21-14 di separuh akhir itu bermakna dia hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah sebagai pemain pertama Malaysia memenangi pingat emas, sekali gus menebus kegagalannya di Beijing empat tahun lalu.

Cara Chong Wei menyingkirkan Chen Long yang pada mulanya dianggap mampu memberikannya tentangan, menggambarkan pemain negara itu sudah bersedia untuk melakukannya kali ini.

Dia akan bertemu Lin Dan yang mengecewakannya di final empat tahun lalu esok.

 

Jadual Perlawanan Perseorangan Lelaki

Capture

Test Comment

Previous Post Next Post