Liga Juara-Juara 12/13: Real, Man City Dalam ‘Kumpulan Maut’

pix_gal0

 

Monaco: Empat juara liga - Real Madrid, Manchester City, Ajax Amsterdam dan Borussia Dortmund - diundi dalam Kumpulan D yang boleh digelar ‘kumpulan maut’ Liga Juara-Juara 2012/13 di Monaco, awal pagi tadi.
Saingan kumpulan itu menarik perhatian ramai kerana Real Madrid adalah juara La Liga, Manchester City menamatkan kemarau 44 tahun memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan Ajax pula mengungguli Liga Belanda sementara Dortmund menjuarai Bundesliga.

Saingan musim baru itu akan bermula dengan perlawanan pertama dijadualkan pada 18 dan 19 September ini. Final pula akan diadakan di Stadium Wembley pada 25 Mei 2013.

Juara bertahan

Chelsea, yang menewaskan Bayern Munich dalam penentuan sepakan penalti pada final musim lalu, berhasrat menjadi pasukan pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan dalam era Liga Juara-Juara diundi dalam Kumpulan E bersama-sama juara Serie A Juventus, Shakhtar Donetsk dan pendatang baru dari Denmark Nordsjaelland.


Juara tiga kali Manchester United pula diundi dalam Kumpulan H bersama-sama SC Braga dari Portugal, Galatasaray (Turki) dan CFR-Cluj (Romania).
Gergasi EPL itu mencatat rekod apabila beraksi buat kali ke-18 di peringkat kumpulan tetapi mereka berharap dapat mengelak sejarah hitam tersingkir di peringkat kumpulan selepas tewas kepada FC Basel musim lalu.


Bayern Munich, yang muncul naib juara musim lalu akan berdepan Valencia, Lille dan1 BATE Borisov dari Belarus dalam Kumpulan F.


Barcelona, pasukan pilihan musim lalu tetapi tewas kepada Chelsea di separuh akhir, akan berdepan musuh lama Benfica, Spartak Moscow dan Celtic dalam saingan Kumpulan G. - Agensi

Test Comment

Previous Post Next Post