Kelab gergasi Liga Sepanyol iaitu Real Madrid dinobatkan sebagai juara Supercopa.Perlawanan pertama Real Madrid tewas kepada pasukan Barcelona 3-2 di Camp Nou. Perlawanan timbal balik yang berlangsung di Santiago Bernabeu, Real mencatatkan kemenangan ke atas Barcelona dengan keputusan 2-1.
Real Madrid belum pernah menang ke atas Barcelona di halaman sendiri dalam tujuh perlawanan yang lepas tetapi telah menamatkan rekod itu seawal 20 minit pertama melalui jaringan Gonzalo Higuain dan Cristiano Ronaldo.
Malang sekali buat pasukan Barcelona apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Adriano dilayangkan kad merah kerana menghalang Ronaldo yang dalam proses menjaringkan gol.Namun begitu, Barcelona bangkit kembali selepas Lionel Messi menjaringkan sepakan percuma yang hebat.
Banyak peluang yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan pada separuh masa kedua tetapi Real tidak berjaya mengambil kesempatan ke atas 10 pemain Barca dan Lionel Messi hampir menjaringkan gol penyamaan pada masa penamat.
Real gagal memenangi tida perlawanan musim ini tetapi mereka masih lagi mempunyai keyakinan dan dibuktikan pada awal perlawanan.
Kelonggaran benteng pertahanan Barcelona ternyata merugikan pasukan itu dan memberikan piala pertama untuk Real Madrid musim ini.