Bajet 2013: Diskaun Diberi Bayar PTPTN Sekaligus

KUALA LUMPUR – Beberapa insentif yang berupa pemberian diskaun bakal diperkenalkan untuk memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bajet 2013

Najib berkata insentif tersebut adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 sehingga 30 Sept 2013.

“Manakala, mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan,”

“Ia adalah satu keistimewaan, dan bukan satu hak. Sekiranya hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan,”

Sehingga Februari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar bagi dana melanjutkan pelajaran di dalam  serta luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 70 peratus daripada peminjam tabung itu telah melunaskan pinjaman masing-masing berikutan pendekatan PTPTN yang memperkenal kaedah bertolak ansur serta memujuk bagi membayar hutang.

Beliau mempersoalkan cadangan tersebut serta bertanya siapakah yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN sekiranya ia bakal dimansuhkan.

“Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah kita kepada yang berhutang, masyarakat yang menanggung? Itulah persoalannya,”

Selain itu, Najib juga berkata kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.

Katanya langkah tersebut diambil kerana kerajaan prihatin dengan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa, selain merupakan satu pelaburan bagi meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat kepada negara di masa depan.

Untuk menggalakkan sikap menabung bagi pendidikan, Perdana Menteri berkata pelepasan cukai sebanyak RM3,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada juga bakal dinaikkan kepada RM6,000.

Kandungan Bajet Belanjawan 2013hot-icon[3]
Bajet 2013: Pencen Minimum Pesara Kerajaan RM820hot-icon

Test Comment

Previous Post Next Post