Khidmat Peter Butler Ditamat?

pix_gal0

Kontraknya mungkin terbatal kerana tempoh penggantungan melebihi sebulan
Bagaikan telur di hujung tanduk!

Itulah nasib Peter Butler sebagai pengendali pasukan Penyu selepas menerima surat daripada Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), semalam.

Bukan saja surat itu mengesahkan penggantungannya selama enam bulan, denda RM4,000 dan potongan gaji bulan hadapan sebanyak 15 peratus, malah isi kandungannya turut menyatakan yang kontraknya bakal terbatal kerana tempoh penggantungannya melebihi sebulan seperti yang termaktub dalam perjanjian dengan PBNST.


Kini timbul persoalan adakah hukuman berat yang dikenakan terhadap Butler itu bertujuan memudahkan PBNST menyingkirkannya daripada pasukan? Ini kerana jika Butler dipecat sebelum kontraknya tamat, PBNST perlu membayar jumlah pampasan yang besar berikutan kontrak jurulatih itu masih berbaki 15 bulan.

Test Comment

Previous Post Next Post