[Video] Tahniah Shila Amzah Juara Pertandingan Asian Wave 2012

shila hamzah

 

Berkat usaha beliau yang begitu bersungguh-sungguh dan doa dari seluruh rakyat Malaysia, akhirnya penyanyi Shila Amzah dinobatkan sebagai Juara Asian Wave yang baru saja berakhir sebentar tadi. Shila Amzah sememangnya telah mengharumkan nama Malaysia bukan sahaja di peringkat Asia malah tentunya peringkat antarabangsa.

 

amzah

Persaingan antara peserta yang cukup sengit tidak menghalang pelantun lagu ‘Patah Seribu’ ini memberikan persembahan yang terbaik sehingga mendapat sorakan gemuruh dari rakyat China dan pujian yang melambung dari juri-juri pertandingan Asian Wave.

Ketika pertandingan berlangsung malam tadi, Shila Amzah telah menyanyikan sebanyak 3 buah lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Kemenangan ini sebenarnya adalah kemenangan semua penyokong Shila Amzah (#Shilalas) dan warga Malaysia yang tak putus-putus mengundi Shila Amzah untuk kategori peserta popular. Shila bertarung bakat dengan 5 finalis lain Asian Wave daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, dan India.

Persembahan Forever Love

Penampilan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri serta penonton yang mengikuti program tersebut.

Malah, salah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu.

Lebih teruja lagi, apabila juri yang berasal dari Malaysia tetapi telah menetap di China berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

“Saya berjanji akan mencari cara agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegitu akan diluahkan dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

“Ya, saya tidak terfikir Eric akan mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric telah memberitahu bahawa sememangnya Shila layak mendapat gelaran Superstar.-rentakartis.com

“Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak telah pun menjadi Superstar,” tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

 

Video Di Pertandingan Asian Wave 2012 :

 

p/s: mantap betul nyanyian Shila Amzah.Tahniah diucapkan ya.

Test Comment

Previous Post Next Post