Pelajar Kolej Tunjuk Punggung Ditahan

Pelajar-Tunjuk-Punggung

Muhammad Ammar menutup
mukanya ketika ditahan polis di
Cheras, semalam. - Foto Zyazit Razali Muhammad Ammar menutup mukanya ketika ditahan polis di Cheras, semalam.

Kes Gambar Pemimpin: Disiasat mengikut Akta Hasutan, Kanun Keseksaan
Kuala Lumpur: Polis menahan seorang pelajar kolej swasta di Cheras, semalam bagi membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 ogos lalu.

Muhammad Ammar Abdul Rahman, 19, ditahan selepas menyerah diri di kolejnya sejurus tiba bersama ibu bapanya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Ditahan untuk siasatan, termasuk mengenalpasti motif di sebalik perbuatan melampaunya” - Abd Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman

Dia dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu.

Boleh dipenjara lima tahun
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, berkata dia disiasat mengikut akta Hasutan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan dengan maksud mengaibkan yang boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Penahanan dilakukan pegawai dan anggota pasukan petugas khas yang ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat kes itu selepas dimaklumkan kolej berkenaan.

 
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan yang mengetuai operasi, berkata Ammar dipercayai melarikan diri ke kampungnya selepas menyedari diburu pihak berkuasa.


“Bagaimanapun, atas desakan ibu bapa, dia kembali ke ibu negara pagi tadi (semalam) untuk menyerah diri sebelum ditahan.


“Polis berterima kasih atas kerjasama keluarganya dan orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat berkaitan.


“Dia kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut, termasuk mengenalpasti motif di sebalik perbuatan melampaunya pada malam kejadian,” katanya.


Ambil keterangan rakan
Polis turut mengambil keterangan tiga rakan sekuliah yang dipercayai merakam gambar perbuatan itu bagi membantu siasatan, tetapi tidak ditahan.
Difahamkan, polis memeriksa unit kondominium sewaan pelajar terbabit di Taman Maluri untuk mencari bahan bukti berkaitan, termasuk pakaiannya pada malam kejadian bagi membantu siasatan.


Antara elemen siasatan
Ditanya sama ada perbuatan itu mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, khususnya pembangkang, beliau berkata, perkara itu antara elemen yang diambil kira dalam siasatan.


Sementara itu, Aziz berkata polis akan merujuk kes mengikut Enakmen Syariah atas kesalahan menunjukkan punggung di khalayak ramai.


Perhimpuaan haram
“Tindakan juga akan dikenakan terhadap penganjur Himpunan Janji Demokrasi mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2011 kerana mengadakan perhimpunan haram,” katanya.
Beliau turut mengesahkan lebih 100 laporan dibuat di seluruh negara sehingga semalam berhubung perbuatan peserta Himpunan Janji Demokrasi mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan menghina pemimpin negara.


“Kita sedang mengesan 10 lagi individu yang gambar mereka disiarkan media.


“Kita memberi tempoh 24 jam untuk menyerah diri di mana-mana balai polis atau bersedia dikenakan tindakan tegas jika enggan bekerjasama,” katanya.-bharian

Test Comment

Previous Post Next Post