Protes Filem Innocence of Muslims, Pemuda Umno Buat Demo Asing

image

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno tidak akan bergabung dengan Pemuda Pas untuk mengadakan perhimpunan aman esok bagi mengecam filem Innocence of Muslims atas faktor keselamatan.


Keputusan mengadakan perhimpunan protes berasingan dibuat secara bersama dalam pertemuan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan rakan sejawatannya dari Pas, Nasrudin Hassan, semalam.
Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya ditemui dalam sidang media, hari ini.

Himpunan secara aman oleh Pemuda Umno akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Pemuda Pas pula akan berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak.

Sebanyak 13 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik akan menyertai himpunan aman ini seperti Pemuda dan Puteri Umno, parti MIC dan MCA, Belia 4B, Perkasa, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan India Muslim.

Khairy turut menjangkakan seramai 5,000 penyokong akan berhimpun secara aman.

Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan Pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, Pemuda Umno dan Pemuda Pas sudah menyatakan kesediaan untuk berhimpun esok,  namun atas beberapa sebab, kedua sayap parti ini kelihatan bermain 'tarik tali' untuk bersama menyatakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW dan Islam.

Tambah Khairy, Pemuda Umno dan Pemuda Pas mengamalkan solidariti iaitu mereka saling menyokong antara satu sama lain bagi mengadakan himpunan secara aman demi mempertahankan agama Islam.

"Kami Pemuda Umno amat marah dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang sewenang-wenangnya menayangkan filem ini dan juga kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW semalam," katanya.

Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW   sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.

"Bukan tidak mahu bergabung, tetapi kami cukup risau jika bergabung, penyokong kedua-dua parti akan bertindak di luar kawalan. Ini yang kami cukup risaukan," tambah beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu parti atau soal tidak puas hati juga tidak timbul kerana keputusan untuk tidak bergabung ini dibuat selepas perbincangan bersama.

"Himpunan diadakan bersama-sama dengan penyokong yang berlainan agama bagi menunjukkan protes dan tanda sokongan kami yang setiap agama perlu dihormati," katanya.

sumber_sinarharian

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Protes Filem Innocence of Muslims, Pemuda Umno Buat Demo Asing"

Post a Comment

Test Comment