RM248,406 Ganjaran Bagi Menangkap Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono

Sebuah kumpulan pro kemerdekaan Papua, Free West Papua Campaign, menawarkan hadiah wang tunai 50,000 (RM248,406) kepada sesiapa yang dapat menangkap Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono. Beliau dipersalahkan berikutan kematian lebih 500,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak di wilayah itu.


Kami percaya beliau perlu menghadapi pengadilan berikutan kematian beribu-ribu penduduk di Papua Barat. Kami berharap penyokong kami di Britain akan berusaha menangkap beliau ketika lawatannya ke negara ini.

Kami juga mahu dunia mengetahui apa yang sudah dilakukan Indonesia di Papua Barat, kata jurucakap kumpulan yang beribu pejabat di London itu, Alex Regent.

Tawar hadiah
Akhbar Harian Detik melaporkan, Pertubuhan Kemerdekaan Papua yang diasaskan aktivis dalam buangan Benny Wenda, menawarkan hadiah berkenaan selepas menerima sejumlah dana yang besar.
Susilo dijadual melawat Britain mulai 31 Oktober hingga 2 November bagi menghadiri sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth ll. Ini adalah kali pertama seorang presiden dari Indonesia melawat Britain, sejak 1979.
Sebuah laman web pula menyenaraikan peraturan untuk mendapatkan anugerah itu.

Perlu temui Susilo
Mereka yang berminat perlu menemui Susilo dan memaklumkan kepada pemimpin itu bahawa beliau ditahan oleh rakyat berikutan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan di Papua Barat.
Makluman itu pula hendaklah dilaporkan oleh akhbar utama sebelum hadiah 50,000 itu boleh diserahkan, kata laman web terbabit
Bagaimanapun pertubuhan berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Jurucakap presiden, Julian Pasha, berkata menteri penyelarasan politik, perundangan dan hal-ehwal keselamatan, Djoko Suyanto dijadual memberi reaksi balas dalam tempoh terdekat. -Agensi

Test Comment

Previous Post Next Post