‘MANCHESTER United (MU) merapatkan jurang mata saingan mengejar takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berjaya menewaskan pendahulu liga Chelsea 3-2 di Stamford Bridge semalam.
Selepas menyempurnakan sembilan perlawanan, Chelsea masih di depan dengan 22 mata manakala MU menambah mata kepada 21. Manchester City, juara musim lalu, yang tewas kelmarin juga mengumpulkan 21 mata.
MU mendahului Chelsea, yang bermain dengan sembilan pemain selepas dua dibuang padang, ekoran gol sendiri daripada David Luiz pada minit keempat. Gol tambahan MU disumbangkan oleh Robin van Persie pada minit 12.
Ketinggalan dua gol itu tidak mematahkan semangat Chelsea yang memperoleh jaringan pada minit ke-44 dan 53 menerusi Juan Mata dan Ramires.
Javier Hernandez menghasilkan mata penuh kepada MU pada minit ke-75.
Keputusan perlawanan semalam:
Everton 2 - 2 Liverpool
Newcastle 2 - 1 West Brom
Southampton 1 - 2 Tottenham
Chelsea 2 - 3 Man Utd