Pencen Bakal Dibayar Awal Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR — Pembayaran pencen bagi pesara kerajaan akan dibuat awal bulan ini sempena Deepavali pada 13 November ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan menyebut, pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 6 sehingga 30 November 2012 boleh menunaikannya mulai 5 November ini.

Pesara yang dibayar menerusi Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank boleh menuntut bayaran pencen mereka di bank berkenaan mulai 5 November ini. — BERNAMA

Test Comment

Previous Post Next Post