Celcom Lancar 4G LTE

4G LTE

CELCOM Axiata Bhd, menyambut ketibaan tahun baru dengan memberikan pelanggan peluang menikmati kelajuan Celcom 4G LTE menerusi hab pengalaman Celcom.


Jenama baru Celcom 4G LTE itu dilancarkan di ibu pejabat di Menara Celcom dan boleh didapati kedai perdana Blue Cube di Sunway Pyramid yang akan memperlihatkan kebolehan telefon pintar dan tablet menggunakan rangkaian 4G LTE Celcom baru dalam tempoh enam bulan akan datang.
Pengalaman Hab Celcom 4G LTE menggunakan spektrum LTE 2600 MHz yang akan membolehkan pengguna menikmati kelajuan sehingga 10 kali lebih cepat.


Pelancaran ini wujud selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) peruntukkan spektrum 2.600 MHz kepada pembekal perkhidmatan telekomunikasi.


Celcom telah bekerja dengan rakan-rakan infrastruktur rangkaian sejak 2011 yang bertaraf dunia, untuk mewujudkan rangkaian mudah alih LTE pada satu platform RAN (Radio Access Network) yang membolehkan ia untuk melaksanakan peningkatan rangkaian yang cepat dengan lancar di seluruh 2G , 3G dan rangkaian 4G.

Test Comment

Previous Post Next Post