Mat Yo hanya perlu bayar RM299,000, bayar, Idlan talaha, Johor Darul Takzim, Harimau Selatan
NORSHAHRUL Idlan Talaha, yang turut dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar RM299,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), bukannya RM1 juta seperti yang dituntut oleh badan itu baru-baru ini.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.
"Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, pemain tersebut hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.
"Pasukan asal tidak berhak menuntut bayaran perpindahan, jadi Kelantan hanya berhak menuntut tebusan (nilai)kontrak kepada Mat Yo (yang berbaki) selama 13 bulan sahaja.
"Maka jawatankuasa yang bersidang hari ini memutuskan bahawa bayaran yang dituntut Kafa tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak ," katanya ketika pemberita di Wisma FAM, hari ini.