Dua Daripada Tujuh Suspek Loloskan Diri Daripada Tahanan Ditembak Polis

kes rompak dan samun, 2 ditembak mati, kampung pelet, bukit mertajam, suspek lolos diri dari tahanan, Mahkamah Pulau Pinang

samun

BUKIT MERTAJAM: Dua daripada tujuh tahanan yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth dari Penjara Pulau Pinang, Isnin lalu berjaya ditembak mati polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Kampung Pelet,di sini tengahari tadi.

Bagaimanapun, identiti mereka yang ditembak mati itu setakat ini masih belum dikenal pasti.

Difahamkan,suspek yang menaiki kereta jenis Proton Perdana sebelum itu dikatakan memasuki kawasan kampung berkenaan melalui Padang Ibu dan dikejar sebuah kenderaan Honda CRV sambil melepaskan tembakan.

Kenderaan yang dinaiki suspek kemudiannya terbabas lalu terjunam ke dalam tali air.

Kejadian turut disaksikan beberapa penduduk yang menjalankan rutin harian di sepanjang tali air tersebut.


Ketika ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Timbalannya, Datuk Abdul Rahim Jaafar turut berada di lokasi kejadian.

Test Comment

Previous Post Next Post