Perlawanan Pahang Vs Johor DT Ditunda Gara-gara


Gaduh
PahangPertembungan di antara Pahang dan Johor Darul Takzim pada perlawanan kedua piala FA ditunda gara-gara berlaku kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.



Limpahan penonton berlaku selepas stadium berkapasiti 35,000 itu dibanjiri lebih 42,000 penyokong dari kedua-dua pasukan mengakibatkan pihak keselamatan terpaksa menangguhkan sepak mula bagi meleraikan penonton berhampiran padang.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.

1 Comments

Test Comment

Previous Post Next Post