Tepat seperti diramalkan, Sepanyol mempertahankan kejuaraan Eropah apabila menewaskan Itali 4-0 pada final euro 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine. Memecah rekod perlawanan akhir EURO dengan jaringan melebihi 3 gol. Sepanyol juga dinobatkan selaku juara berganda ( 2008 Juara EURO, 2010 Juara Piala Dunia, 2012 Juara EURO )
Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan pemain Manchestar City, David Silva hasil hantaran lintang Cesc Fabregas dan menambah jaringan menerusi larian solo Jordi Alba pada minit ke-41. Alba akan menyertai Barcelona musim ini yang dibeli dari Velencia.
Itali gagal menyerlah meskipun penyerang kontroversinya, Mario Balotelli beberapa kali melakukan rembatan kencang tetapi tersasar.
Penyerang termahal Chelsea, Fernando Torres pula menjaringkan gol pada minit ke-84 manakala rakannya pemain tengah Chelsea, Juan Mata melengkapkan kemenangan Sepanyol menerusi gol pada minit ke-84.
Tahniah Sepanyol Juara EURO 2012 dengan corak permain touch and go itu patut di serapkan oleh team Malaysia, cara permain corak baru yang mudah untuk diserapkan.
berikut video jaringan Gol:-