Nurul Firzanah sempat memberitahu ibunya dan menulis nota kepada pemandu ambulans.Dalam nota tersebut ada tertulis “teman lelakinya yang membakarnya” sebelum dia tidak sedarkan diri.
Ketika kejadian tersebut mangsa sempat melarikan diri untuk meminta bantuan.
Nasib baik ketika itu ada seorang lelaki datang untuk membantu Nurul Firzanah.
Lelaki itu memberitahu dia ada ternampak motosikal milik teman lelaki Mangsa dan rakannya juga ada di situ, manakala mereka sudah melarikan diri.
Ayah Nurul memberitahu anaknya akan menjalani satu pembedahan di bahagian tengkuk ekoran terbakar teruk yang mungkin akan menyebabkan anaknya itu tidak boleh bercakap.
“Saya harap anak akan sedar dan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa,” katanya yang mahu keadilan ditegakkan dan individu yang terbabit menerima hukuman setimpal.