Keputusan Terengganu Vs Kelantan

PEMAIN Terengganu ceria menyambut kemenangan penting ke atas Kelantan di Kuala Terengganu, malam tadi.

PEMAIN Terengganu ceria menyambut kemenangan penting ke atas Kelantan di Kuala Terengganu, malam tadi.

Terengganu mula langkah kanan benam The Red Warriors


Kuala Terengganu: Finalis Piala Malaysia musim lalu, Terengganu memulakan cabaran dengan langkah kanan dalam perlawanan pertama dengan merakamkan kemenangan bermoral mengatasi pasukan tetangga, Kelantan 2-0 dalam saingan Kumpulan B di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.


Tuan rumah yang hadir tanpa tanpa pemain pinjaman bagaimana pun seperti tidak ada rasa gerun untuk bertemu Kelantan sebaliknya seawal minit ke-3 mereka berjaya mendahului lawan menerusi tandukan tonggak import, Francis Forkey Doe.

hot-iconJambatan Yang Paling Menakutkan Dalam Dunia

The Red Warriors yang dikejutkan dengan gol pertama Penyu pantas memperbaiki corak permainan dan peluang terbaik pelawat hadir pada minit ke-31 namun percubaan Norshahrul Idlan Talaha bijak diselamatkan oleh penjaga gol, Mohd Sharbinee Alawi.

Bersambung babak kedua, minit ke-54, Norshahrul sekali lagi mensia-siakan peluang keemasan untuk gol penyamaan selepas sepakannya melencong ke kanan pintu gol dan 10 kemudian kekentalan Sharbinee menjadi penghalang buat Kelantan apabila bijak menepis tandukan Obinna Nwaneri.


Minit ke-76, Forkey Doe mendapat peluang untuk menambah jaringan kedua peribadinya tetapi rembatan kencang depan pintu gol terbuka melambung tinggi selepas berjaya menggelecek penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.


Seminit sebelum perlawanan tamat, kekecewaan Forkey Doe itu ditebus oleh Ismail Faruqi apabila tenang menolak masuk bola ke dalam gawang selepas mengambil kesempatan hasil satu kekalutan depan gawang untuk menjadikan kedudukan 2-0 memihak tuan rumah.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Keputusan Terengganu Vs Kelantan"

Post a Comment

Test Comment