Terkini Lelaki Disyaki Bakar Teman Wanita Ditahan Polis

539097_346167542136761_1603763915_n[3]

hot-iconGambar Suspek Yang Dikehendaki Bakar Teman Wanita

SHAH ALAM - Polis menahan suspek kes bakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki,16, sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanita di Rumah Panjang Setapak Jaya, awal pagi semalam.

"Kedua-dua mereka berjaya ditahan hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam.

"Mereka direman selama lima hari bermula tangkapan sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan," katanya dipetik menerusi laman facebook miliknya, semalam.

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki, Mohd Amir Mohd Anuar, 18, bagi membantu siasatan kes bakar teman wanitanya.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Terkini Lelaki Disyaki Bakar Teman Wanita Ditahan Polis"

Post a Comment

Test Comment