Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan Di TV3?

nurul11-1

Siapa yang tidak kenal dengan Nurul Syuhada Nurul Ain iatu wartawan TV3.Namun begitu , dia kini dikatakan meletak jawatan dari Media Prima??  Nurul Syuhada Nurul Ain sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf apa apa yang berlaku.

Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Sumber: MyNewsHub

Test Comment

Previous Post Next Post