Planet Berlian Berjaya Ditemui

planet berlian

WASHINGTON: Kerlipan bintang bukan satu-satunya berlian di ruang angkasa. Ini kerana pakar sains melaporkan penemuan “planet berlian” bersaiz dua kali ganda Bumi dan lapan kali kadar jisim berlegar berdekatan bintang.

Penyelidik bidang fizik dan astronomi dari Yale, Nikku Madhusudhan berkata, penemuan berkenaan bermakna bahawa planet berbatu tidak lagi boleh dianggap mempunyai elemen kimia, bahagian dalam, atmosfera atau

biologi sama seperti Bumi. Planet terbaru itu mula dipantau tahun lalu tetapi penyelidik menganggap bahawa ia sama seperti kimia di Bumi.

Hanya selepas analisis lebih lanjut daripada penyelidik Perancis-Amerika Syarikat mengesahkan planet berkenaan berbeza dengan Bumi. – AFP

Pernemuan Planet Baru Yang Menyerupai Bumihot-icon

Test Comment

Previous Post Next Post